SEJARAH PERPADUAN DI MALAYSIA

 

Pada tahun 1946, Allahyarham Dato’ Onn Ja’afar telah mengadakan mesyuarat dengan lebih 40 pertubuhan Melayu bagi berbincang dan menyeru orang Melayu agar bersatu menentang Empayar British serta pembentukaan Malayan Union.

usaha beliau inilah, yang menyebabkan tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Tidak terhenti setakat itu, Dato’ Onn juga sanggup meletakkan jawatan dalam UMNO pada tahun 1951, selepas cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum ditentang oleh sebahagian besar ahli UMNO pada ketika itu.

Lihatlah, betapa besarnya visi Dato’ Onn dalam menyatukan rakyat. Beliau sedar dan sanggup akui bahawa Malaysia tidak akan berjaya jika hanya bersandarkan kepada kekuatan Melayu semata-mata.

Hari ini, sama ada kita sedar atau tidak, sesetengah usaha dan keputusan yang kita buat seolah-olah sedang mengulang tulis sejarah yang telah dicoretkan oleh Allahyarham Dato’ Onn.


KEPENTINGAN PERPADUAN
  • Mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.
  • Mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.
  • Semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan mengukuhkan semangat jati diri, di samping memberi keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk mengkekalkan perpaduan kaum.
MAKSUD PERPADUAN
Penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada  semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya, digunakan dalam sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.


m    



Ulasan

Catat Ulasan