Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

SEJARAH PERPADUAN DI MALAYSIA

Imej
  Pada tahun 1946, Allahyarham Dato’ Onn Ja’afar telah mengadakan mesyuarat dengan lebih 40 pertubuhan Melayu bagi berbincang dan menyeru orang Melayu agar bersatu menentang Empayar British serta pembentukaan Malayan Union. usaha beliau inilah, yang menyebabkan tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Tidak terhenti setakat itu, Dato’ Onn juga sanggup meletakkan jawatan dalam UMNO pada tahun 1951, selepas cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum ditentang oleh sebahagian besar ahli UMNO pada ketika itu. Lihatlah, betapa besarnya visi Dato’ Onn dalam menyatukan rakyat. Beliau sedar dan sanggup akui bahawa Malaysia tidak akan berjaya jika hanya bersandarkan kepada kekuatan Melayu semata-mata. Hari ini, sama ada kita sedar atau tidak, sesetengah usaha dan keputusan yang kita buat seolah-olah sedang mengulang tulis sejarah yang telah dicoretkan oleh Allahyarham Dato’ Onn. KEPENTINGAN PERPADUAN M engukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semu